Wednesday 10 February 2016

Mendaki Bukit Tabur Timur @ Tabuh(Metro sebut Tabuh)

Ini la masalahnya kalau dok bertangguh nak menulis. Sampai terlupa bila tarikh exactly naik Bukit Tabur ni. Persetankan waktu bila naik Tabur, janji ada kenangan dalam bentuk foto, dah memadai.

Senang cerita, naik Tabur ni sebab ajakan dari geng Bukit Kutu hari tu. Sebenarnya aku dah pernah naik Tabur, tapi tu Tabur Barat. Yang nampak jelas satu UIA Gombak & empangan. Prinsip aku, kalau dah naik bukit or gunung tu, aku takkan naik sekali lagi. Rasa macam buang masa, baik explore bukit/gunung yang lain. Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiii kalau ada gegadis yang ajak naik bukit/gunung yang sama, mestilah pergi, takkan nak lepaskan peluang. Khennnn. Huhu.

Diorang plan naik pukul 4 pagi. Disebabkan aku dari Sg Buloh, better aku gerak pergi tidur masjid dekat area situ. Nama masjid Al-Mardhiyah Taman Melawati. Dekat sangat dengan tapak Bukit Tabur Timur ni. Kalau ikut MRR2 senang je, dari exit tu, terus je dah nampak masjid belah kanan. Nak lagi senang, tengok sini:

https://www.google.com/maps/dir/''/masjid+al+mardhiyah+taman+melawati/data=!4m5!4m4!1m0!1m2!1m1!1s0x31cc38544e039da3:0x54b356cf136ae3e2?sa=X&ved=0ahUKEwjlqMHsv-3KAhVIUo4KHfWgAe0Q9RcIgAEwDg

Masjid ni kunci ruang utama solat dia. Nak tidur kalau laki, senang, tidur atas lantai dekat laluan masjid. Kalau gegadis, elok tidur dalam kereta sambil kunci kereta. Sebab gelap, and sunyi. Time aku lepak sini, ada la jugak beberapa hikers lepak tidur sekali kat sini jugak. Banyak nyamuk, bawak la selimut, ubat nyamuk kalau rajin. Haha. Aku mula-mula nak tidur, tapi tak jadi sebab banyak nyamuk. The best thing, ada wifi dekat masjid ni. Password dia abcd0123456789 kalau tak silap. Memang tak tidur, jadi hamba media sosial.

Tepat pukul 4, kitorang semua berkumpul dekat parking nak naik Tabur. Parking dekat perumahan banglo. Memang ramai parking situ. Lepas perkenalkan diri ciked, kitorang stretching, then terus naik. Bawak headlamp kalau nak mendaki sebelum subuh, jangan pakai phone or torchlight, sebab leceh. Nak panjat-panjat berpaut akar pokok, batang pokok senang kalau pakai headlamp. 

Boleh tahan curam nak panjat, kaki kena berwaspada, jangan ralit. Tapi bila naik tu, boleh nampak empangan, nampak KL waktu gelap, yang nampak lampu jalan dengan lampu rumah. Cantik. Kalau naik sebelum subuh ni best, sebab boleh nampak dua view. View siang dan malam. Tabur ni kalau nak lagi selamat, pakai glove. Sebab ada batu-batu tajam time nak memanjat. Kalau tangan kulit tebal, tak kisah pasal tangan jadi kasar, bare hand je. Pakai glove ni sebab nak bagi lagi cengkam, sebab ada part kena naik pakai tali, and berpaut pada batu-batu.

Alhamdulillah kitorang sampai puncak nak dekat subuh. Seeloknya sebelum naik tu, amik air semayang siap-siap, senang terus semayang dekat atas. Tapi kalau tak tahan, terkentut terkencing, nak buat macam mana. Lagipun amik air semayang ni kan bagus, sunnah, melindungi dari gangguan syaiton walaupun perangai kau dah macam syaiton. Eh. huhu.

Lepas subuh, terus shoot dekat tebing Tabur Timur ni. Ni port yang paling lawa kalau nak tengok sunrise. Kalau sampai awal, boleh la conquer tempat tu. Tu yang best kalau naik awal. boleh lepak lama-lama sampai puas, boleh photoshoot sampai puas. Tapi kena ingat orang belakang jugak, Bukit Tabur tu kepunyaan awam, khazanah dunia, bukan mak pak hang punya.

Ni antara beberapa gambar yang sempat ditangkap. Thanks Bear sebagai jurufoto dan editor


Subuh di puncak Bukit Tabur Timur 
Sunrise bebeh

Fatah a.k.a Korek. Gila sikit dia ni

Aku la, sapa lagi

Aku lagi, blog aku kan

The Team

Puncak depan tu, puncak Bukit Tabur Extra. Puncak tu lawa lagi

Lepas lepak sini & photoshoot sampai muntah, kitorang pergi lepak balik dekat tempat kitorang semayang subuh tadi. Duduk ramai-ramai, and potluck. Ni benda yang paling best kalau hiking ,sebab semua potluck bawak makanan masing-masing, selepas skodeng makwe-makwe cun. Aku macam biasalah, bawak air je. Huhuhuhu. Time ni la nak kenal dengan lebih rapat dan borak-borak dengan orang yang baru kenal. Nak turun dari Tabur Timur ni senang, dia ada jalan shortcut. Jalan dia fully tanah, tapi kena berhati-hati jugak, sebab berakar. Kalau yang power, berdesup berlari turun. Tapi kalau gemuk tu, faham-fahamlah. Tak payah gedik nak lari, kang tersadung bergolek sampai bawah, hancur rumah orang asli kat bawah tu.

Entry ni ditulis lepas aku dah naik Bukit Tabur Extreme, Tabur Extra and Tabur Far East. Kalau aku rajin, aku tulis pasal pengalaman kat sana pulak.

Tuesday 19 January 2016

Mendaki Bukit Kutu, Kuala Kubu Bharu, Selangor Darul Ehsan

Sabtu lepas, 16 Januari 2016, entah kenapa aku rajin sangat nak panjat bukit ni. Aku dah lama tak mendaki, last tahun lepas kot, naik Gunung Datuk dekat Rembau, Nogori. Ni kali ke-5 aku mendaki. Selalunya bila mendaki sampai ke puncak, aku akan menyesal dan merungut, "Kenapa la aku ikut hiking ni, ni last aku hiking". Tapi bila dah lama sikit, mula la rasa nak hiking. Haha

So, aku pun follow la geng sekolah aku, dengan beberapa orang lain lagi yang tak kenal, yang 1st time kenal. Aku gerak dari rumah hari Jumaat, 11 malam. Diorang yang lain gerak dari UIA, dah sampai masjid KKB, diorang sempat rehat. Aku sampai pukul 2.15 pagi Sabtu, aku ingatkan boleh rehat, rupanya nakharam tak rehat, terus gerak pergi Bukit Kutu. Dah la tak tidur langsung. Kerja gila betul, tak pernah aku buat sebelum ni.

Sampai sana je, dah ada orang rupanya, naik lagi awal dari kitorang. Kitorang stretching, warm-up, dan tepat jam 3.40 pagi, kitorang start mendaki. Gelap gila woihhh, memang kena bawak lampu. Nak lagi senang, pakai headlamp. Senang nak berjalan, tak payah nak pegang macam torchlight or phone.

Semua sekali ada 9 checkpoint kalau tak silap. Tapi dari starting nak ke checkpoint pertama, boleh tahan jauh. Tapi tak susah sangat, just jalan biasa macam jungle trekking. Tapi jauh, serius. Ada kena redah 2 sungai, tapi tak dalam pun, Paras betis jew. Tapi bila dah sampai checkpoint pertama, itulah the real challenge. Dari checkpoint 1 sampai ke puncak, memang banyak gila kena mendaki. 

Pesanan aku, sebelum mendaki, tak payah bawak barang banyak sangat. Baju seluar yang nak salin tu, simpan dalam kereta. Just bawak yang perlu je. Contohnya air minum, dan makanan-makanan. Sebab kalau hiking tu, curam. Kalau jenis tough takpe la jugak. Ini kalau cepat semput, bawak beg kecik dah lah.

Sebenarnya 1st time aku hiking pukul 3 pagi ni, sebelum ni selalu hiking pun pukul 5 pagi. Tapi redah aje lah, sebab ikut orang kan. Tapi walaupun tak tidur, entah kenapa aku tak rasa lesu pun. Rasa elok je hiking. 1st time pulak tu aku duduk depan. Tak pernah-pernah, selalu kalau hiking, mesti duduk belakangggggggggggggggggggg sekali. Haha

Memang penat gila-gila, sebab curam hiking tu. Bayangkan nak hiking, macam kau daki tangga, langkah 3 4 anak tangga, haa macam tu la. Takde lah mendaki tanpa henti, ada la jugak rehat sekejap. Jangan paksa diri, nanti lagi teruk. Jangan acah tunjuk macho, sebab tak ada sapa peduli pun. 

Sampai checkpoint 5, tempat ni ramai orang rehat kat sini. Namanya Batu Tedung. Katanya bentuk batu kat situ, macam ular tedung bila tengah nak patuk. Ada la nampak bentuk dia. Situ besar and lapang, kalau nak semayang subuh pun boleh kat situ. Tapi kitorang tak semayang kat situ, sebab macam awal lagi.

Tangkap pakai GoPro sebab tu lawa. Thanks fidak atas lightning
Sedikit tips kalau tengah hiking, jangan percaya kalau orang cakap, "sikit lagi nak sampai, 5 minit je lagi". Bohong belaka. Hang percaya hang boddowwwwww. Hahaha. Tapi serius, jangan percaya. Kau kena set minda kau, kau dah naik, kau kena sampai ke puncak. Rugi kalau stop, berhenti separuh jalan. Kalau tak larat sangat, berhenti. Tak perlu rushing. Sapa suruh gemuk, sapa suruh tak fit. Dan kalau rasa nak hilangkan penat, kau cucuk la earphone sebelah telinga, dengar lagu rancak, boleh kurangkan rasa penat tu. Jangan cucuk dua belah, nanti kena cop antisosial dan tak sporting pulak, khennn. 

Kitorang semayang dekat checkpoint terakhir. Ni fungsi bawak air mineral lebih, boleh amik wudhu' kalau terbatal. Kalau tak terbatal, Alhamdulillah. Satu lagi nak pesan, kalau amik wudhu' tu, amik yang wajib je. Ni dok bantai amik yang sunat, amboi ingat amik air semayang kat masjid? Dah la pakai air orang. Dah belajar kan dulu masa sekolah, kalau tak tahu tu, nampak sangat ponteng kelas KAFA. Better bawak kain kanvas, or kain pelikat, buat alas semayang. Kiblat boleh cari guna apps.

Tepat 7.30 pagi kitorang sampai kat puncak. Alhamdulillah, sempat jugak nak tengok matahari terbit. Lega gila bila dah sampai puncak, rasa puas, sebab dah bersusah payah. So perkara wajib bila dah sampai puncak adalah, mestilah snap gambar bebanyak untuk muat naik di media sosial. Macam tak biasa, khennnn. 
Matahari terbit. Lawa kan? Credit to Athirah
Bukan puncak utama, tapi boleh tengok sunrise

Kena naik tangga untuk ke puncak utama

Ni baru puncak utama


Dengan budak smakel


The team


Boleh pass kalau ujibakat model



Kain pelikat in my blood!

Potluck, belambak gila makan. Dominos pun ada
Makan-makan dulu sebelum turun. Kalau naik 4 jam, turun kurang daripada mendaki. Tapi turun boleh tahan susah jugak, sebab curam. Kena hati-hati, tak boleh main lari sesuka hati. Broga takpe la jugak. Ingat nak pergi Lata Medang or Lata Makau, nak mandi kat sana. Tapi tak sempat. Aku sempat mandi dekat sungai yang kitorang redah masa naik tadi. Dapat menyelam berenang pun, dah okay. Panas gila masa turun, and rasa fresh gila dapat berendam.

#SiTudungBiru entah siapa cipta hashtag ni. Biarlah rahsia. Haha.

Sampai rumah nak dekat maghrib, lepas maghrib terus aku rebah lena. Penat gila. Kaki tak usah cerita la, lenguh. Sebab dah lama tak exercise. Sibuk study final, acah je. Lulz.

Pesanan aku, rehat secukupnya sebelum nak buat aktiviti lasak. Takut jadi apa-apa time buat aktiviti, dah menyusahkan orang lain. Dan masa hiking tengah-tengah gelap tu, jangan dok gatal pergi suluh atas, cari 'benda' tu. Kang kena apa-apa, mendapat.

Oh ya, lupa nak bagitahu. Bukit Kutu ni ketinggian dia 3456 kaki. Dan trek dari tapak ke puncak, 6km. So pergi balik 12km. Bukan jalan landai, tapi banyak mendaki dan menunduk jalan itik. Prepare mental dan fizikal.

Cuti-cuti ni, tak kahwin lagi ni, elok jugak bersenam. Nanti dah kahwin, takut tak ada masa, ada komitmen lain. Tak kisah apa jua jenis senaman, janji berpeluh, menyihatkan badan. Kalau nak naik bukit yang senang, naik Bukit Ampang. Haha. Tak kisahlah bukit apa pun, janji bukit tu halal. Eh.

Okay lah, cukuplah perkongsian disini. Next time kalau nak ikut sekali hiking, bagitahu je. Adios 

Thursday 7 January 2016

Post-Exam

Nak dekat 0400, still tak tidur lagi, segar bugar sebab baru balik lepak dengan member-member, baru lepas mandi. Panas gila babi sebab bantai durian buffet dekat Donald SS2. Entah kenapa tetiba Zariq ajak makan durian, rupanya sebab ikut bebudak perempuan punya mengidam. Layan je la, sebab dah lama tak makan durian

Selalunya yang popular durian dekat area PJ ni, dekat SS2. Kedai dia, actually bukan kedai pun, cuma dia buat khemah kanopi dalam 5 buah, then jadi kedai. Agittuwh. Dulu pernah makan buffet dekat situ, satu kepala RM15. Zaman 1st year dulu tak silap. Tapi kali ni pergi, buffet dah habis. Kena beli ikut kilo, paling murah sekilo RM20. Hell no, ain't got no time for that.

Then tetiba Zariq ajak pergi kedai Donald. Aku pun tak pernah tahu wujudnya kedai tu. Rupanya dekat je dengan tapak khemah durian SS2 tu, tak sampai 1km. Tapi ni lot kedai, lagi selesa, dan tak ada orang pun makan situ. Katanya, kedai baru. Sebab tu tak ramai. Yang ni memang puas hati, satu kepala RM20, makan sampai muak, sampai nak muntah, sampai buncit, sampai sendawa bau durian. 

Tapi kalau makan buffet ni ikut nasib, selalunya dia bagi durian kampung. Nak dapat D24, memang tak dapat la. Musang King jauh sekali. Tapi so far, mostly durian yang dia bagi, sedap gila. So, dah bayar pun mahal, makan je la sampai kenyang gila. Terus lupa sunnah nabi, Erm.


Durianzzz with the classmates
Dari kiri: (Makwe Syapiq, Zariq, Pakwe Piqah, Ayie, Aku, Azman, Effa) . Syaza the photographer

8 orang yang datang, 4 orang je makan. Lagi 3 tak makan sebab tak suka durian. Lagi sorang sebab diet kot. Lulz. Walaupun tak makan durian, tapi still lepak teman, borak time kitorang makan. Love you guys.

Aku dah kenyang gila, Alhamdulillah lepas bantai durian. Zariq ni tak kenyang-kenyang lagi, entah saka setan iblis mana entah duduk dalam badan dia ni. Badan keding je, nafsu makan cam setan. The girls semua balik dulu. Then, yang laki semua nak lepak mamak, nak makan sambil lepak sambil borak.

Balik amik Azizi, sebab dia merajuk dengan.................... Hue hue. Malas nak cerita, biarlah semuanya jadi kenangan. Then masa otw pergi mamak, aku dengan Azizi buat perangai gila. Kereta Zariq ada upper window, aku pun tak pasti benda apa yang orang panggil. Tapi tingkap yang boleh slide kat belah atas kereta. Aku dengan Azizi buat perangai gila-gila sebab dah habis exam. Orang yang lalu-lalang, semua pandang pelik. Ah bukannya diorang kenal pun, peduli apa. Lagipun baru 1st time. Hue hue 



Menggila tengah-tengah malam with Azizi

Azizi, the genius boy, the silent boy dalam kelas. Diam-diam ubi berisi. Hanya yang mengenali beliau, tahu perangai sebenar dia. Hanya yang penuh kesabaran didalam dada, mampu menangani Azizi. Haha. Okay dah. Then kitorang semua lepak dekat Mamak area Seksyen 14. Bros talk. Sembang benda serius shit, takde la serius mana, tapi boleh la serius sikit. Lulz. Lepak sampai 3.30 pagi then pulang.

What. A. Night.
Memorable night


Habis exam dah woih

Jam tepat pukul 1700, maka tamatlah exam aku untuk semester 7, sesi 2015/2016. Aku amik 5 paper, 4 paper berderet. Stress gila babi, tak bernafas. Geram aku dengan sapa yang susun jadual exam ni. Tapi sebenarnya, sebab aku ada repeat paper, sebab tu tak bernafas. Member-member aku yang on track, diorang relax je sem ni amik 3 paper je. Padan muka, sapa suruh repeat.

So nasihat aku pada yang lain-lain, lagi-lagi budak 1st year, jangan lah ada repeat paper. Kalau kau rasa tak minat dengan paper tu, or rasa tak boleh go, kau study la, target minimum dapat C-, at least boleh redeem dengan lecturer kau. Itupun kalau dia bagi. Haha. Aku ada pengalaman hitam pasal redeem tak dapat-dapat, last-last kena repeat paper sorang-sorang takde geng. 

4 paper aku, semua smooth, walaupun ada yang tak yakin boleh jawab, tapi 4 paper ni, lecturer baik-baik belaka. 4 paper ni mostly dah masuk past year, jimat masa nak study. Study past year je, tup-tup masuk final. Mana tak gembira.

Tapi yang fuck off nya paper aku tadi, susah nak matiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii. Entahlah, study study dah. Usaha, usaha dah. Tawakkal je la.

Aku teringat pesan member aku, " Allah tak tengok hasil, sebab Allah dah tahu hasilnya. Allah nak tahu kita usaha ke tidak, kalau usaha tu, bersungguh atau tidak". Agittuwh.

So, aku dah wild young and free start today sampai 21 Feb. Aku harap ni sem 1 terakhir aku dekat UM. Nak grad on time weh :(

K chio dulu. Adios

Saturday 2 January 2016

Eat. Music. Sleep. Repeat

Assalamualaikum dan selamat petang. Semoga semuanya sihat, happy dan semua urusan lancar tanpa gangguan.

Hari ni aku nak share pasal muzik. Aku layan semua jenis muzik, tak kisah apa jenis genre, asalkan sedap. Cuma screamo yang terlampau terox, aku tak layan, sebab tak faham. Kalau light screamo aku okay lagi.

Aku baru jumpa satu genre muzik yang aku suka, aku baru jumpa semalam. Genre post-rock, jenis yang main gitar elektrik, bass, drum. Tapi mostly instrumental. Kalau dekat Malaysia, yang aku jumpa and kenal, Cromok. Tu memang fully instrumental. Tapi ada satu band indie yang aku boleh kata baru kenal, adalah band Alphabetical Theory.

Alphabetical Theory jenis muzik dia ada yang kata macam Coldplay, tapi aku rasa dia influenced by satu band dekat Texas, iaitu Explosion In The Sky. Memang fully instrumental, kau kena cucuk earphone, sambil baring, sambil pejamkan mata. Baru kau rasa feel dengar lagu tu. Entah kenapa bila aku dengar muzik tu, sambil baring, pejamkan mata, rasa feel lain macam. Buat kau rasa terkenang kembali zaman dulu-dulu, muncul peristiwa sedih. Every song yang dengar tu, kau boleh create jalan cerita sendiri dalam kepala otak. You'll going to be crazy inside your head, bak kata seorang komentar di Youtube.


Ni salah satu album Explosion In The Sky, The Earth Is Not A Cold Dead Place


Boleh terus YouTube, plug-in earphone, pejamkan mata dan feel. Selamat berkhayal, dan menikmati muzik \m/

Untuk band Alphabetical Theory tu, aku recommend lagu ni untuk korang dengar. Sama feel jugak macam Explosion In The Sky tu.

Alphabetical Theory - Yang Benar / Kejora Bintang Seribu / Puspasari / I'll Be There Tonight To Save You

Ni link untuk website band tu:

https://www.reverbnation.com/alphabeticaltheory

Or terus boleh je search dekat YouTube

Ok ciao ada exam esok

Sunday 27 December 2015

Introduction

Assalamualaikum. Hola.

1st timer buat blog.

Nama dalam IC, Muhamad Anwar b Abd Hassan. Ada panggil Anwar, ada panggil Araw. Ikut suka nak panggil yang mana satu.

Umur 22 tahun, masih belajar lagi, struggle nak habiskan engineering dekat UM. Telecommunication Engineering. Rasa menyesal sambung engineering, tapi nak buat macam mana, tetiba dah final year. Baik habiskan terus, ye dok.

Menetap di Sg Buloh, Selangor Darul Ehsan. Sebelum ni di Kelana Jaya.

Hobi, main game, layan tv series, movies, anime, baca buku kecuali novel cinta.

Genre music? Tak kisah apa-apa, asalkan sedap. The most fav band, adalah band indie tak kira dalam atau luar negara. Tapi dalam semua genre, tak boleh lawan sendu band rock kapak jiwang leleh dulu kala. Lagu tu la yang paling feel nak tarik, nak karoke.


Aku nak final dah ni, khamis ni, tapi entah boleh pulak dok galak buat blog. Biasalah study week, time ni la nak buat macam-macam, pergi bercuti la, naik bukit la, menjahit, kira bulu dada. Lulz

Till we meet again :)