Assalamualaikum dan selamat petang. Semoga semuanya sihat, happy dan semua urusan lancar tanpa gangguan.
Hari ni aku nak share pasal muzik. Aku layan semua jenis muzik, tak kisah apa jenis genre, asalkan sedap. Cuma screamo yang terlampau terox, aku tak layan, sebab tak faham. Kalau light screamo aku okay lagi.
Aku baru jumpa satu genre muzik yang aku suka, aku baru jumpa semalam. Genre post-rock, jenis yang main gitar elektrik, bass, drum. Tapi mostly instrumental. Kalau dekat Malaysia, yang aku jumpa and kenal, Cromok. Tu memang fully instrumental. Tapi ada satu band indie yang aku boleh kata baru kenal, adalah band Alphabetical Theory.
Alphabetical Theory jenis muzik dia ada yang kata macam Coldplay, tapi aku rasa dia influenced by satu band dekat Texas, iaitu Explosion In The Sky. Memang fully instrumental, kau kena cucuk earphone, sambil baring, sambil pejamkan mata. Baru kau rasa feel dengar lagu tu. Entah kenapa bila aku dengar muzik tu, sambil baring, pejamkan mata, rasa feel lain macam. Buat kau rasa terkenang kembali zaman dulu-dulu, muncul peristiwa sedih. Every song yang dengar tu, kau boleh create jalan cerita sendiri dalam kepala otak. You'll going to be crazy inside your head, bak kata seorang komentar di Youtube.
Ni salah satu album Explosion In The Sky, The Earth Is Not A Cold Dead Place
Boleh terus YouTube, plug-in earphone, pejamkan mata dan feel. Selamat berkhayal, dan menikmati muzik \m/
Untuk band Alphabetical Theory tu, aku recommend lagu ni untuk korang dengar. Sama feel jugak macam Explosion In The Sky tu.
Alphabetical Theory - Yang Benar / Kejora Bintang Seribu / Puspasari / I'll Be There Tonight To Save You
Ni link untuk website band tu:
https://www.reverbnation.com/alphabeticaltheory
Or terus boleh je search dekat YouTube
Ok ciao ada exam esok

No comments:
Post a Comment