Tuesday, 19 January 2016

Mendaki Bukit Kutu, Kuala Kubu Bharu, Selangor Darul Ehsan

Sabtu lepas, 16 Januari 2016, entah kenapa aku rajin sangat nak panjat bukit ni. Aku dah lama tak mendaki, last tahun lepas kot, naik Gunung Datuk dekat Rembau, Nogori. Ni kali ke-5 aku mendaki. Selalunya bila mendaki sampai ke puncak, aku akan menyesal dan merungut, "Kenapa la aku ikut hiking ni, ni last aku hiking". Tapi bila dah lama sikit, mula la rasa nak hiking. Haha

So, aku pun follow la geng sekolah aku, dengan beberapa orang lain lagi yang tak kenal, yang 1st time kenal. Aku gerak dari rumah hari Jumaat, 11 malam. Diorang yang lain gerak dari UIA, dah sampai masjid KKB, diorang sempat rehat. Aku sampai pukul 2.15 pagi Sabtu, aku ingatkan boleh rehat, rupanya nakharam tak rehat, terus gerak pergi Bukit Kutu. Dah la tak tidur langsung. Kerja gila betul, tak pernah aku buat sebelum ni.

Sampai sana je, dah ada orang rupanya, naik lagi awal dari kitorang. Kitorang stretching, warm-up, dan tepat jam 3.40 pagi, kitorang start mendaki. Gelap gila woihhh, memang kena bawak lampu. Nak lagi senang, pakai headlamp. Senang nak berjalan, tak payah nak pegang macam torchlight or phone.

Semua sekali ada 9 checkpoint kalau tak silap. Tapi dari starting nak ke checkpoint pertama, boleh tahan jauh. Tapi tak susah sangat, just jalan biasa macam jungle trekking. Tapi jauh, serius. Ada kena redah 2 sungai, tapi tak dalam pun, Paras betis jew. Tapi bila dah sampai checkpoint pertama, itulah the real challenge. Dari checkpoint 1 sampai ke puncak, memang banyak gila kena mendaki. 

Pesanan aku, sebelum mendaki, tak payah bawak barang banyak sangat. Baju seluar yang nak salin tu, simpan dalam kereta. Just bawak yang perlu je. Contohnya air minum, dan makanan-makanan. Sebab kalau hiking tu, curam. Kalau jenis tough takpe la jugak. Ini kalau cepat semput, bawak beg kecik dah lah.

Sebenarnya 1st time aku hiking pukul 3 pagi ni, sebelum ni selalu hiking pun pukul 5 pagi. Tapi redah aje lah, sebab ikut orang kan. Tapi walaupun tak tidur, entah kenapa aku tak rasa lesu pun. Rasa elok je hiking. 1st time pulak tu aku duduk depan. Tak pernah-pernah, selalu kalau hiking, mesti duduk belakangggggggggggggggggggg sekali. Haha

Memang penat gila-gila, sebab curam hiking tu. Bayangkan nak hiking, macam kau daki tangga, langkah 3 4 anak tangga, haa macam tu la. Takde lah mendaki tanpa henti, ada la jugak rehat sekejap. Jangan paksa diri, nanti lagi teruk. Jangan acah tunjuk macho, sebab tak ada sapa peduli pun. 

Sampai checkpoint 5, tempat ni ramai orang rehat kat sini. Namanya Batu Tedung. Katanya bentuk batu kat situ, macam ular tedung bila tengah nak patuk. Ada la nampak bentuk dia. Situ besar and lapang, kalau nak semayang subuh pun boleh kat situ. Tapi kitorang tak semayang kat situ, sebab macam awal lagi.

Tangkap pakai GoPro sebab tu lawa. Thanks fidak atas lightning
Sedikit tips kalau tengah hiking, jangan percaya kalau orang cakap, "sikit lagi nak sampai, 5 minit je lagi". Bohong belaka. Hang percaya hang boddowwwwww. Hahaha. Tapi serius, jangan percaya. Kau kena set minda kau, kau dah naik, kau kena sampai ke puncak. Rugi kalau stop, berhenti separuh jalan. Kalau tak larat sangat, berhenti. Tak perlu rushing. Sapa suruh gemuk, sapa suruh tak fit. Dan kalau rasa nak hilangkan penat, kau cucuk la earphone sebelah telinga, dengar lagu rancak, boleh kurangkan rasa penat tu. Jangan cucuk dua belah, nanti kena cop antisosial dan tak sporting pulak, khennn. 

Kitorang semayang dekat checkpoint terakhir. Ni fungsi bawak air mineral lebih, boleh amik wudhu' kalau terbatal. Kalau tak terbatal, Alhamdulillah. Satu lagi nak pesan, kalau amik wudhu' tu, amik yang wajib je. Ni dok bantai amik yang sunat, amboi ingat amik air semayang kat masjid? Dah la pakai air orang. Dah belajar kan dulu masa sekolah, kalau tak tahu tu, nampak sangat ponteng kelas KAFA. Better bawak kain kanvas, or kain pelikat, buat alas semayang. Kiblat boleh cari guna apps.

Tepat 7.30 pagi kitorang sampai kat puncak. Alhamdulillah, sempat jugak nak tengok matahari terbit. Lega gila bila dah sampai puncak, rasa puas, sebab dah bersusah payah. So perkara wajib bila dah sampai puncak adalah, mestilah snap gambar bebanyak untuk muat naik di media sosial. Macam tak biasa, khennnn. 
Matahari terbit. Lawa kan? Credit to Athirah
Bukan puncak utama, tapi boleh tengok sunrise

Kena naik tangga untuk ke puncak utama

Ni baru puncak utama


Dengan budak smakel


The team


Boleh pass kalau ujibakat model



Kain pelikat in my blood!

Potluck, belambak gila makan. Dominos pun ada
Makan-makan dulu sebelum turun. Kalau naik 4 jam, turun kurang daripada mendaki. Tapi turun boleh tahan susah jugak, sebab curam. Kena hati-hati, tak boleh main lari sesuka hati. Broga takpe la jugak. Ingat nak pergi Lata Medang or Lata Makau, nak mandi kat sana. Tapi tak sempat. Aku sempat mandi dekat sungai yang kitorang redah masa naik tadi. Dapat menyelam berenang pun, dah okay. Panas gila masa turun, and rasa fresh gila dapat berendam.

#SiTudungBiru entah siapa cipta hashtag ni. Biarlah rahsia. Haha.

Sampai rumah nak dekat maghrib, lepas maghrib terus aku rebah lena. Penat gila. Kaki tak usah cerita la, lenguh. Sebab dah lama tak exercise. Sibuk study final, acah je. Lulz.

Pesanan aku, rehat secukupnya sebelum nak buat aktiviti lasak. Takut jadi apa-apa time buat aktiviti, dah menyusahkan orang lain. Dan masa hiking tengah-tengah gelap tu, jangan dok gatal pergi suluh atas, cari 'benda' tu. Kang kena apa-apa, mendapat.

Oh ya, lupa nak bagitahu. Bukit Kutu ni ketinggian dia 3456 kaki. Dan trek dari tapak ke puncak, 6km. So pergi balik 12km. Bukan jalan landai, tapi banyak mendaki dan menunduk jalan itik. Prepare mental dan fizikal.

Cuti-cuti ni, tak kahwin lagi ni, elok jugak bersenam. Nanti dah kahwin, takut tak ada masa, ada komitmen lain. Tak kisah apa jua jenis senaman, janji berpeluh, menyihatkan badan. Kalau nak naik bukit yang senang, naik Bukit Ampang. Haha. Tak kisahlah bukit apa pun, janji bukit tu halal. Eh.

Okay lah, cukuplah perkongsian disini. Next time kalau nak ikut sekali hiking, bagitahu je. Adios 

No comments:

Post a Comment